:: SALJUNYA RINDU ::
"Inikah cinta, Tuhan? Berikan aku peluang walau sekejap waktu untuk menghirup wangiannya. Izinkan aku mencium kasih yang dihulur walau penghujungnya tidak mungkir mendatangi diri."

:[ TITIK 1: HULUR SALAMMU ]:

By Aku... CikSekut
"Alamak! Angah datanglah. Matilah macam ni."
"Kenapa?" Soal Erin hairan.
"Semalam Angah call, ingatkan I suapay call mama yang tengah demam. Lupalah pulak. Ni mesti kena leter ni. I jumpa my brother sekejap ya, Lea."

Aku pantas mengangguk. Azua kelihatan berlari-lari anak mendapatkan abangnya di luar rumah. Aku kembali mengemas barang-barangku. Erin pula beredar ke bilik sebaik sahaja terdengar bunyi telefon bimbitnya. Tinggallah aku sendirian mengemas apa yang patut sambi; melayan perasaan sendiri.

"Lea, jom I kenalkan dengan my brother." Tiba-tiba Azua menyapa sekaligus mengejutkan lamunanku.

Aku teragak-agak juga. Segan, tapi Azua pantas menarik tanganku. Terpaksalah aku menurutinya. Kelihatan seorang lelaki duduk membelakangkan aku sambil leka menonton televisyen di ruang tamu bersama Erin.

"Angah, ini Zua kenalkan kawan baru kami, Lea. Lea, this is my brother, Nik."

Lelaki tersebut berpaling dan kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Entah mengapa lidah ini kelu untuk berkata dan tanan ini cukup berat untuk menghulurkan salam. Dia cuma berdiri di hadapanku, juga tanpa reaksi. Ketinggiannya menyebabkan aku terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya. Ah! Segak dan tampan sekali. Aku memang benar-benar terkaku. Tiab-tiba dia menghulurkan tangannya sambil tersenyum manis.

"Hi, er... siapa nama tadi?" Tiba-tiba aku terasa bahuku digoyang dan bagaikan tersedar dari mimpi, aku terpinga-pinga.

"Er... er... apa dia? Sorry I tak dengar tadi." Lelaki tersebut tersengeh-sengeh melihat telatahku. Aduh! Malunya.

"I tanya, nama you siapa?"
"Oh! Sorry... er.. nama I, Lea Nur Izrin. Panggil Lea saja."
"Sedap nama tu."

Kedengaran Erin terbatuk-batuk kecil. Mungkn sengaja mengusik. Azua pula sudah menghilang ke dapur.

"Panggil I, Nik."
"Oh... okay." Ujarku, buntu.
"My brother ni selalu datang ke sini, Lea. Especially hari minggu. Minta simpati adiknya ni tolong basuhkan baju."

Nik cepat-cepat memeluk bahu Azua yang muncul kembali duduk disampingnya. Cepat-cepat mulut Azua ditutup dengan telapak tangannya. Mereka sama-sama ketawa. Sungguh mesra.

"Erin, kenapa you diam saja hari ni?" Sapa Nik kepada Erin yang setia memerhati.
"Saja... merenung masa hadapan." Jawab Erin sambil tersenyum penuh makna kepadaku yang masih berasa serba salah..
"Wah... berfalsafah pulak. Ke... you rindukan Aidil ni?"
"Tak adalah. I cuma terfikir bila you tu nak kahwin."

Nik ketawa besar. Gelihati betul dia dengan kata-kata Erin tadi. Aku yang terasa agak canggung mula mengambil tempat di sofa, berhadapan dengan Nik. Azua pantas menghulurkan secawan teh kepadaku. Hendak melarikan diri ke bilik semula, nanti apa pula kata mereka.

"Kenapa you risau sangat kalau I tak kahwin, Erin? Kalau you single, I'm sure, I dah purpose pada you."
"Ha'ah... yalah tu. Belum tentu I terima tau." Balas Erin sambil ketawa. Aku cuma mampu tersenyum dan menjadi meperhati sahaja.
"I sebenarnya kasihan dekat Azua ni. Si Fizrul dah tak sabar tapi sebab Zua ada abang yang bujang terlajak, kenalah dia menunggu. You tak kasihan kat adik you ke?" Nik cuma ketawa sambil memaut bahu Azua yang duduk di sisinya.
"Tentulah... I love my sister dearly, but... nak cari isteri bukan macam cari baju, okay."
"Takkan lah frust lagi kut."
"Okay... okay... enough. I kena balik. Lagi lama I stay lagi teruk kena hentam. Hey! Jangan lupa call mama. Kali ni kalau lupa lagi, memang Angah marah." Nik cepat-cepat mengusap kepala Azua. Sayang betul dia dengan adiknya.

"And... don't go out with Fizrul too often. Especially if it's too late."
"Ala... Angah ni leceh la."
"Ahah... don't give reasons. If mama knows about it, you'll be damned sorry for yourself."
"Not if you don't tell her."
"I'll try my best not to. Okay... Angah balik dulu. Erin, try to be like Lea. Diam saja."
"Hah! And why don't you tackle her?"

Aku terpinga-pinga. Macam mana pula aku boleh dikait sama ni? Hendak marah pun rasanya tak berpatutan....
 

0 comments so far.

Something to say?