:: SALJUNYA RINDU ::
"Inikah cinta, Tuhan? Berikan aku peluang walau sekejap waktu untuk menghirup wangiannya. Izinkan aku mencium kasih yang dihulur walau penghujungnya tidak mungkir mendatangi diri."

:[ TITIK 1 : SETENANG LANGIT BIRU ]:

By Aku... CikSekut
"if she's still available, then I will." Nik melemparkan senyumannya kepadaku yang terdiam seribu kata. Azua dan Erin ketawa serentak sambil mengiringi Nik ke muka pintu. Hanya aku yang masih termangu di sofa . Entah mengapa, ada perasaan ganjil yang menerpa di hatiini setiap kali pandanganku bertembung dengannya.

"Lea... Lea... Mengelamun pulak dia..."
"Lea!" Suara Azua dan Erin yang nyaring sererntak mnegejutkan lamunanku sekali lagi.
"Er... Apa dia?"
"You ni suka mengelamunlah, Lea."
"Terkejut tengok you tak, Nik?" Erin mengusik lagi.
"Lea, you still available ke?" Eh! Ada lagi rupanya dia. Kenapa soalna itu yang diajukannya?
"Available? Apa yang available?" Azua dan Erin tergelak besar. Nik pula tersengeh-sengeh macam kerang busuk di muka pintu.
"You single lagi ke?"
"Tak... dah ada anak empat." Ujarku acuh tak acuh. Nik cuma tersenyum sumbing sambil merenungku.
"Okaylah tu... ini mesti dah bercerai ni, sebab tu menyewa rumah bujang. I pun dah nak masuk 32 tahun this year. Janda pun jandalah. Apa nak buat, kan Lea?"

Serta-merta terasa darah bagaikan menyirap ke wajahku. Ku tenung wajah lelaki di antara Azua dan Erin itu. Wajahnya tenang dan bersahaja. Azua pantas menampar bahu abangnya. Erin pula seperti biasa, masih ketawa. Lucu betul baginya. Adakah patut aku dikatakannya janda? Ah! Silap aku juga. Kenapa celupar sangat berkata sudah beranak empat. Padanlah dengan mukaku.

"Jangan ambil hati, Lea. Angah ni memang macam ni. Cakap saja berkobar-kobar." Ujar Azua meredakan suasana.
"Angah takut Lea aje yang tak sudi. Macam Erin ni ha. Orang cantik selalunya cepat berpunya. Betul tak, Lea?"
"Agaknya." Jawabku ringkas dalam senyum yang kelat.
"Okaylah Angah balik dulu. Malam nanti you all keluar ke?"
"Ha'ah. Nak tengok movie."
"Cubalah duduk rumah... Lea ikut sekali ke?"
"Sure la dia ikut. Takkan we all nak tinggalkan Lea sorang-sorang pulak."
"jangan balik lewat sangat. Drive carefully, okay." Ujarnya lalu beredar meninggalkan perkarangan rumah kami. Erin masih belum reda tawanya. Azua pula masih setia melihat abangnya beredar hingga hilang dari pandangan.
"Sorry, Lea. Jangan ambil hati, ya? Angah tu memang macam tu. Kalau ada Zua banyaklah cakapnya. Cuba kalau tak ada... Erin yang dia kenal lama ni pun dia tak endahkannya."
"Sebab tu I suka kenakan dia waktu macam ni. Seronok sebab ada feedback." Sampuk Erin tiba-tiba.
"Don't worry. Lea tak kesah."
"Eh! Dah pukul 6.30 lah. Nak keluar pukul berapa ni?"
"Lepas maghriblah. Macam biasa. Okay tak, Lea?"
"I ikut saja."

Erin segera beredar ke bilik air. Azua pula beredar ke dapur dan aku kembali mengemas bilik yang masih tidak teratur. Suasana kembali hening. Ku capai potret berbingkai perak dari celah pakaian. Wajah-wajah di potret itu ku renung satu-persatu. Ada rasa rindu yang menebal bermukim di dada ini. Ini pilihanku. Pilihan yang mungkin tidak tepat. Namun inilah pilihan yang terbaik untuk semua pihak. Potret berbingkai perak itu ku letak kembali ke dalam beg pakaian. Malam ini akan ku nikmati sebaik mungkin bersama teman baru. Ku renung langit petang dari jendela. Ya Allah, berikan aku kekuatan menyusur sisa hari yang tinggal kerana Kaulah Yang Maha Berkuasa ke atas diriku dan kau jugalah yang paling mengerti setiap inci perasaan ini. Berikan aku walaupun sekadar harumannya, ya Allah....
 

0 comments so far.

Something to say?