:: SALJUNYA RINDU ::
"Inikah cinta, Tuhan? Berikan aku peluang walau sekejap waktu untuk menghirup wangiannya. Izinkan aku mencium kasih yang dihulur walau penghujungnya tidak mungkir mendatangi diri."

:[ TITIK 1 : MESRA BERMULA ]:

By Aku... CikSekut
Di mana pula Jalan Bistari 2/16 ni? Sudah puas rasanya aku berlegar-legar di sekeliling kawasan perumahan Taman Aslam ini. Jam di tangan sudah pun berganjak ke angka 12.00 tengahari. Sepatutnya aku sudah sampai ke tempat yang di maksudkan sejak pukul 11.00 pagi lagi, tetapi entah macam mana kali ini aku terlipa jalannya pula. Mungkin kerana kali pertama, aku kesini menggunakan teksi. Mudahlah mencari tapi sekarang aku datang sendiri. Hendak marah pun tak ada gunanya. Dah hampir 2 jam, barulah terlihat jalan yang aku cari-cari.

Puaslah agaknya mereka berdua menanti. Kalau ada program lain agaknya kena cancel. Sampai sahaja di hadapan rumah beralamat No. 15, Jalan Bostari 2/16, kelihatan dua gadis sedang duduk bersantai di halaman rumah. Sejurus melihat kehadiranku, segera terukir senyuman di wajah mereka. Ah! Bertambah lagilah bilangan kereta di rumah ini nampaknya. Nasib baik juga porch di rumah ini luas. Boleh muat tiga kereta. Kalau tidak, bermalam di luarlah kau kereta.

"Assalamualaikum." Sapaku sejurus keluar dari kereta.
"Wa'alaikummussalam. Kenapa lambat, Lea?" Sapa Azua. Salah seorang daripada dua orang gadis tadi.
"Tak jumpa cari alamat ni. Terlupa arah. Maaf ya lama menunggu." Jawabku bersahaja.
"La... dah tau terlupa kenapa tak call kami." Balas Erin pula sambil tersenyum menampakkan baris gigi yang cantik tersusun.
"Handphone lupa nak charge. Bateri habis. Masa macam ni jugaklah dia nak habis."
"Jomlah kami tolong angkatkan barang-barang tu. Ini aje ke Lea?" Segera aku mengangguk sambil ketawa kecil melihat reaksi di wajah mereka.
"Aik! Dua beg, dua kotak kecil dan laptop saja? Selalunya orang perempuan ni banyak barang." Ujar Erin, hairan.
"Lea ni simple saja, Azua, Erin. lagipun senang macam ni. Nak pindah tak payah sewa lori. Betul tak?" Balasku pula.
"Buatlah macam rumah sendiri, Lea. Bilik Lea kami dah tolong kemaskan mana yang patut. kalau Lea belum lunch, nasi dan lauk ada di dapur tu. Hari ni giliran Erin yang masak. Zua pun belum makan lagi. Entah sedap ke tidak lah lauk Erin tu."
"Eleh! Nak ejek orang le tu. tau le kita tak pandai masak. Tak apalah, janji Aidil boleh telan."
"Aidil tu dah buta kalau sebut pasal you, Erin. Beri batu pun dia telan kalau you yang suapkan. Tau tak?"

Hendak tergelak pun ada, mendengar celoteh mereka. Barang-barangku semuanya sudah di angkat ke bilik. Cuma tunggu untuk dikemaskan saja. Bagus juga dapat housemate yang banyak cakap ni. Tak perlulah aku susah-susah cari idea nak bercerita.

"Bila Lea mula kerja kat tempat baru?" Azua bertanya sekaligus melenyapkan khayalanku.
"Minggu depan. Sekarang pun Lea dah mula cuti. Adalah masa nak relax sikit."
"Lea boleh swim tak?" Tingkah Erin pula.
"Sikit-sikit bolehlah, kenapa?"
"Erin ni ratu renang, Lea. Katak dengan ikan pun kalah kalau dia dah start swimming."

Pecah juga gelak dari kotak suaraku mendengar usikan Azua. Erin menjegilkan matanya tanda protes.

"Nanti kita pergi swim sama-sama, ya? Azua ni bukan pandai swim. Takut air."

Aku dan Azua serentak ketawa. Baru beberapa minit bersama mereka, aku sudah mula serasi. Sudah terjalin kemesraan di antara kami. Macam-macam soalan yang ditanya mereka dan macam-macam cerita yang dikongsi bersama. Kuperheatikan Azua. Tinggi orangnya. Berkulit sawo matang, rambut ikal paras bahu. Wajahnya agak kecinaan. Ah! Sekarang ini Melayu dan Cina lebih kurang sama sahaja. Tak banyak beza. Erin pula lebih tinggi daripada Azua. Cantik orangnya. Rambutnya lurus paras dada. Hidung dan alis matanya cantik terletak. Ada persis model.

"Lea, apa nama penuh you? Tak kan Lea aje?" Erin menegurku.
"Oh! Lea Nur Izrin. You all?"
"I, Erina... dia ni Nor Azua."
"Petang nanti we all nak pergi tengok movie. Lea ikut sekali, ya?" Ujar Azua.
"Boleh juga."
"We all kalau cuti macam ni lah, Lea. Petang aje mesti keluar. Tak lekat kat rumah. You tak kesahkan?" Soal Erin pula.
"Biasalah tu, Erin. I dulu susah nak keluar macam you all ni. Kalau ada pun hari Ahad, tapi bila badan dah letih, baik rehat di rumah saja."
"Habis, you memang jarang keluarlah?"
"Jarang. Selalu keluar pun setakat pergi exercise. Boring, kan?"
"Lea ni kategori budak baik ni. Dalam rumah ni yang paling tak lekat kat rumah, Azua lah. Tiap malam mesti keluar."
"Ala... siapa suruh cari cik abang yang duduk jauh. Buat macam I ni, cari yang dekat. Boleh main kenyit mata saja. Kan senang?"
"Oi! Ingat boleh tangkap macam tu saja ke yang dekat-dekat ni? Dah yang jauh tu saja sayang kat kita. Nak buat macam mana?"

Aku ketawa gelihati mendengar perbualan mereka berdua. Masih ada sifat keanak-anakan. Tiba-tiba bunyi horn kereta kedengaran di hadapan rumah. Azua yang paling hampir denagn pintu bilikku pantas menjenguk keluar...
 

0 comments so far.

Something to say?